Sunday, May 3, 2009

Kisah Hari Ini


Hari ini aku bangun keadaan masih terang terang tanah. Aku tak mahu menjadi orang yang berat tulang atau jadi umang-umang. Harap-harap kali ini aku langkah kanan dalam setiap yang aku kerjakan.Insya'allah.

Monday, April 27, 2009

Harta dan anak-anak ujian sebenar manusia

DAN ketahuilah bahawa harta benda kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah s.w.t. jualah pahala yang besar.(al-Anfal: 28)
Huraian
Antara ujian-ujian yang Allah s.w.t. berikan kepada orang-orang yang beriman ialah harta benda dan anak pinak. Allah s.w.t. mengetahui antara kelemahan manusia melalui kecintaan kepada harta kekayaan dan anak-anak. Oleh sebab itu Allah s.w.t. mengingatkan supaya berwaspada terhadap kurniaan harta kekayaan dan anak-pinak kepada mereka yang mana semua itu adalah bertujuan untuk menguji kewibawaan dan kecintaan kepada Allah s.w.t. dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya. Melalui ujian tersebut, Allah s.w.t. mahu melihat sejauh mana orang-orang beriman bersyukur dan menunaikan hak serta kewajipan mereka walaupun terlalu sibuk mencari harta benda dan membesarkan anak-anak. Allah s.w.t. melarang manusia melakukan khianat kepada-Nya, Rasul-Nya dan amanah-Nya disebabkan kecintaan kepada anak-anak dan harta benda.
Kesimpulan
Allah s.w.t. melarang keras melakukan khianat terhadap-Nya dan rasul-Nya namun Allah s.w.t. juga mengingatkan kepada golongan mukmin supaya berhati-hati dengan kemewahan dunia dan anak-anak. Sesiapa yang berjaya dengan ujian tersebut maka Allah s.w.t. akan mengurniakan suatu ganjaran yang amat besar di akhirat yang mana ia digambarkan sebagai suatu kejayaan yang sempurna dan kemuliaan yang tinggi.
- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Macam-Macam: Nama tasik tersilap eja

BOSTON: Pegawai pentadbiran kerajaan 'dengan malu' terpaksa mengaku papan tanda nama Tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg di Massachusetts, nama paling panjang bagi sebuah tasik di wilayah itu, tersilap eja sejak bertahun-tahun lamanya. Kesilapan ejaan nama tasik mengandungi 45 huruf itu didedahkan akhbar tempatan Worcester Telegram & Gazette yang sudah mengesan kesilapan ejaan berkenaan sejak 2003. Akhbar itu melaporkan ejaan Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg adalah tepat manakala ejaan Chargoggagoggmanchaoggag-oggchaubunaguhgamaugg pada papan tanda itu salah kerana menggantikan u dengan o pada huruf ke-20 dan n dengan h pada huruf ke-38. – Agensi (Berita Harian, 28 April 2009)


Aku: Perghhhhh....ni kalau masuk exam geografi musti aku fail...especially kalau soalah esei....berasap kepala....

Ilmu dan amal - Penunjuk jalan yang setia

Renug-renungkanlah:

(1) Firman Allah: ``Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?'' (Az-Zumar: 9)
(2) Daripada Nu'man bin Basyir r.a. melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada seketul darah yang apabila ia rosak, rosaklah keseluruhan jasad dan apabila ia baik, baiklah keseluruhannya, ketahuilah itulah hati!'' (Muttafaq `alaih).
(3) Benarlah sekali bicara suci Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Umar al-Khattab: ``Sesungguhnya sebenar-benar pekerjaan adalah berasaskan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap insan itu apa yang telah diniatkannya.'' (Muttafaq alaih).
(4)Penulis kata yang dicedok dari ntah mana-mana: Beramal tanpa ilmu adalah sia-sia....